Resepi
rahsia untuk usaha kuliner apalagi yang berskala besar tentu akan
dijaga dengan sangat berhati-hati. Semalam resepi rumusan minuman coke
yang berusia 125 tahun telah dipindahkan lokasinya. Tidak tahu pasti
dimana tempatnya lokasi barunya.
Pada hari Khamis (8/1) seluruh media internet seperti Facebook, Twitter,
Youtube dan Flickr membicarakan formula rahsia pada coca-cola, dan juga
dimumkan bahawa formula rahsianya disimpan di dalam peti besi agar tak
seorang pun mengetahuinya telah dipindahkan.
Setelah 125 tahun lamanya resepi rahsia coca-cola yang disimpan di
Suntrush dalam sebuah peti besi telah dipindahkan ke pusat bandar di
Atlanta. Namun tidak ada satu pun yang mengetahui di mana persisnya
tempat menyimpan resepi rahsia itu.
Seperti yang dipetik oleh USA Today, Ted Ryan sebagai arsiparis
Coca-cola menyatakan, "Inti dari rahsia perniagaan adalah bahawa anda
tahu sesuatu yang orang lain tidak boleh tahu". Syarikat di Amerika
mempunyai beberapa formula dan resepi rahsia pada produknya.
Perunding PR Katie Delahaye Paine mengatakan "Ketika ini Coca-cola
mengukur kejayaannya dengan ekspresi pelanggan, yang dibicarakan
pelanggan terhadap formula rahsia melalui Facebook, Youtube, Twitter dan
Flickr merupakan suatu kekaguman pengguna terhadap pemindahan resepi
rahsia".
Beberapa produk lain yang mempunyai formula rahsia pada produknya iaitu,
ramuan dan rempah-rempah dalam ayam goreng KFC menjadi salah satu
rahsia yang paling berharga dunia perdagangan. Kemudian resepi rahsia
pada sos khusus menu Big Mac di McDonald, resepnya disimpan di satu
lokasi rahsia di pinggir bandar Chicago Barat.
Dan juga Roast Baked Beans Bush, resipinya milik keluarga yang hanya
diketahui oleh Bros dab Bush yang benar-benar menjaga rahsia resepi.
Resepi rahsia yang dimiliki coca-cola, KFC, McDonald dan Roast Baked
Beans Bush untuk dapat bersaing dalam dunia perdagangan.
0 comments:
Post a Comment