Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 2, 2012

No Comment
Susulan tersebar dokumen yang dikatakan perbelanjaan untuk membawa artis Kpop ketika Hari Belia baru-baru ini, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman telah tampil dan meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter. Ternyata Zed Zaidi berpegang pada janji-janjinya ketika pemilihan Seniman untuk memperjuangkan hak artis tempatan.

kpop

Dan Siakap Keli bersetuju dengan pendapat Zed Zaidi yang kecewa dengan jumlah perbelanjaan yang terlalu besar untuk membawa artis-artis Kpop ini sedangkan artis tempatan mendapat bahagian yang ciput.

kpop
Namun bagi Siakap Keli, Zed Zaidi juga harus berfikir bagaimana Kpop ini dapat berkembang begitu pesat dan menjadi antara pendapatan eksport terbesar Korea Selatan. Masa  dulu-dulu, memang tak ada orang pandang Kpop. Namun dengan strategi yang begitu terperinci, Kpop kini bukan sahaja popular di Malaysia namun di seluruh dunia. Kalau orang Korea boleh lakukan, kenapa industri hiburan tempatan tak boleh lakukan perkara yang sama?
kpop

Bagi Siakap Keli, kita memang sentiasa boleh salahkan orang-orang yang terlibat mempromosikan Kpop ini tetapi kita perlu sentiasa ingat tak ada demand tak adalah supply. Dan sememangnya demand untuk artis-artis Kpop ini untuk hadir membuat persembahan di Malaysia tersangatlah tinggi. Kesimpulannya, kita semua sepatutnya tidak hanya pandai mengkritik tetapi mencari jalan untuk mengembangkan lagi industri tempatan agar dapat duduk sama taraf dengan artis-artis Kpop ini.

Apa pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment