DAHI
- Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak
baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal
dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.
HIDUNG
- Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin
bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula
boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.
DAGU
- Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman)
lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin
berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.
PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
0 comments:
Post a Comment