Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

Kalau menonton sesuatu aksi sukan di televisyen, pasti ada aksi sukan yang membuatkan dada kita berdebar-debar lebih-lebih lagi jika perlawanan itu menampilkan aksi dari pemain Malaysia.

Di negara ini, antara contoh sukan yang membuatkan kita berdebar-debar seperti sakit jantung ialah badminton, bola sepak dan mungkin hoki.

Ini adalah kerana pasukan kita berada pada tahap yang boleh dibanggakan di peringkat dunia.

Bagaimana jika anda menyaksikan satu perlawanan yang dipenuhi gelak ketawa secara santai namun pada masa sama menampilkan aksi bertaraf dunia.

Di China, satu perlawanan persahabatan antara dua ikon sukan Ping Pong dunia dari Belgium dan Taiwan diadakan dan ia dipenuhi dengan aksi kelakar namun diselangi dengan aksi sukan bertaraf dunia.

Ia menampilkan Jean-Michel Saive (Belgium dan Chuang Chih Yuan (Taiwan).

Saive yang berasal dari Belgium dan pernah disenaraikan sebagai pemain terbaik Belgium pada tahun 1985 yang kekal sehingga tahun 2011.

Beliau berjaya menduduki ranking pertama dunia pada 1994 selama 515 hari.

Chuang pula berasal dari bandar Kaohsiung di Taiwan. Beliau merupakan juara Kejohanan ITTF Pro Tour Grand Finals pada 2002.

Pada September 2013, Chuang menduduki ranking ke-7 terbaik dunia.


Selain ping pong, tenis juga mempunyai ikon penghiburnya yang tersendiri iaitu seorang pemain dari Iran dan juga memiliki warganegara Perancis iaitu Mansour Bahrami.

Mansour bukanlah seorang pemain perseorangan tenis yang baik tetapi beliau begitu cemerlang dalam aksi beregu di peringkat antarabangsa.

Beliau berjaya melayakkan diri ke aksi akhir Terbuka Perancis pada 1989 berpasangan dengan Eric Winogradsky.


Mansour gemar memberikan hiburan kepada para penonton dan peminatnya apabila bermain tenis, kerana menurutnya, ia adalah satu perasaan yang menggembirakan apabila melihat semua orang ketawa.  – IBNU K

0 comments:

Post a Comment