Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

LENGGONG – Seorang remaja ditemui mati lemas di Lata Kekabu, di sini, petang semalam ketika dia dan beberapa rakannya sedang bermandi di kawasan perkelahan itu.

Mangsa, Muhammad Safwan Kamarul Zaman, 18, dari Putrajaya ditemui di kawasan itu oleh anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada jam 6.02 petang.

Menurut seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, mangsa dikatakan cuba untuk menguji kedalaman air di kawasan itu sebelum terus tenggelam dan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

“Masa itu, dia kata nak tengok air di kawasan itu dalam atau tidak. Bila dia turun, dia terus tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.”

Bila lihat dia mungkin lemas, kami segera menghubungi anggota bomba dan JPAM untuk mendapat bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, anggota JPAM Kuala Kangsar yang kebetulan berada hampir dengan kawasan kejadian segera ke lokasi berkenaan selepas menerima panggilan kira-kira jam 4.30 petang.

Menurut seorang anggota, Ahmad Salihim Razali, dia dan anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kes.

“Semasa kami sampai, mayat masih lagi belum dijumpai dan kami membantu anggota bomba yang berada di sana untuk mencari mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 6.02 petang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Abdul Manab Bahrom mengesahkan menerima laporan kejadian. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment