Burung Flamingo paling tua di dunia yang berumur 83 tahun mati di Zoo Adelaide, Australia semalam.
Flamingo itu yang diberi nama “Greater” bersempena spesisnya, terpaksa ditamatkan nyawanya selepas burung itu mengalami komplikasi akibat umur yang tua.
Greater pertama kali tiba di zoo berkenaan pada tahun 1933.
Burung tertua itu hidup di dalam zoo berkenaan bersama seekor lagi Flamingo spesis Chilean Flamingo bernama Chilly.
Ia ketika ini berusia 60 tahun dan akan dipantau untuk melihat reaksi Chilly selepas kematian temannya, Greater.
“Greater terkenal sebagai burung Flamingo tertua dunia dan burung Flamingo spesis Greater terakhir di Australia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Australia Selatan Elaine Bensted.
Menurut beliau, biarpun kematian Greater sesuatu yang amat sedih untuk diterima tetapi ia adalah langkah paling tepat untuk dilakukan.
“Ketika itu, sudah tiada sebarang pilihan untuk kembali memulihkan hidup Greater,” katanya.
Rekod kakitangan zoo menunjukkan seekor lagi burung Flamingo tua yang masih hidup berumur 67 tahun di sebuah zoo di Amerika Selatan.
Burung tidak mampu untuk hidup dalam jangkamasa lama dalam habitat liarnya kerana ancaman haiwan pemangsa dan kekurangan rawatan perubatan.
Dengan burung Flamingo boleh hidup berdekad lamanya jika dalam kawalan, namun dalam habitat liar mereka hanya mampu hidup untuk tempoh maksimum 25 tahun. – IBNU K
0 comments:
Post a Comment