Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertekad untuk menjuarai Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 yang bakal berlangsung mulai 3 hingga 16 Feb ini.

Ketua Kontinjennya Dr Bahrin Othman berkata sasaran itu adalah satu realistik berdasarkan kekuatan atletnya serta jenis acara yang disertai pada kejohanan kali ini.

“UiTM yakin mampu menjadi juara sekali gus merebut lebih 40 pingat emas untuk acara kali ini. Sasaran itu dibuat berdasarkan kekuatan kita di beberapa acara yang akan dipertandingkan termasuk sepak takraw dan hoki,” katanya kepada pemberita di majlis penghargaan atlet UiTM di kompleks sukan UiTM di sini hari ini.

SUKIPT edisi kedua berlangsung di UiTM dan mempertandingkan 24 acara dengan 228 pingat.

Terdahulu, seramai 25 orang atlet UiTM yang telah mengharumkan nama negara pada Sukan SEA lalu, menerima imbuhan masing-masing.

Antara atlet berkenaan ialah Khairulnizam Mohd Afendy (perahu layar) dan Muhammad Azwar Abdul Rahman (Hoki Lelaki), masing-masing menerima RM1,000 kerana memenangi pingat emas dalam acara yang ditandingi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment