Pengamal media mendesak supaya wartawan Al Jazeera yang ditahan sejak 29 Disember lalu dibebaskan. |
KAHERAH - MESIR. Seramai 20 wartawan tempatan dan empat wartawan asing akan dituduh menyiarkan berita palsu ketika penggulingan Presiden Mohamad Mursi.
Menurut Al Jazeera, seramai 16 wartawan daripada stesen Al Jazeera dan dua warga Britain dan masing-masing warga Australia dan Belanda juga dituduh sebagai ahli Ikhwanul Muslimin.
Stesen berpangkalan di Qatar yang memberi tumpuan liputan ketika pihak berkuasa tentera menangani tunjuk perasaan gerakan Ikhwanul itu disifatkan menyifatkan tidak berasas.
Pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan berkata, kesemua wartawan itu melakukan pembohongan menganiaya kepentingan negara ini.
"Mereka bekerjasama dengan penduduk, memberi wang dan maklumat untuk menyiarkan laporan palsu dengan matlamat memberitahu dunia bahawa Mesir dalam kancah perang saudara,” katanya.
0 comments:
Post a Comment