Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

Bukan semua manusia menderita dan dalam kesusahan ketika fenomena cuaca beku melanda Amerika Syarikat ketika ini kerana masih ada lagi yang menganggap cuaca sebegitu adalah sebagai satu peluang untuk bergembira.

Keluarga Shawn Trokhan dan keluarganya membina sebuah istana ais atau Igloo daripada 200 blok ais yang beku tetapi dengan sedikit cara yang kreatif.

Mereka tinggal di kawasan Old Tappan, New Jersey, Amerika Syarikat.

Mereka mengisi kira-kira 200 bekas aluminium dengan air dan mencampurkannya dengan pewarna makanan seterusnya dibiarkan di luar supaya ia membeku.

Kemudian, mereka menghabiskan masa sepanjang hari membina Igloo buatan sendiri mereka itu.


“Kami akan menyusun blok ais berkenaan, penuhkan ruang kosong dengan salji sebelum dicurah air,” kata Shawn.

Menurutnya, ia akan mengambil masa kira-kira 30 hingga 60 saat untuk ia membeku secara keseluruhan dan blok ais tadi menjadi stabil dan kukuh.

Rumah ais Shawn kelihatan cantik pada waktu malam apabila ada cahaya dari dalamnya kerana blok ais yang digunakan mempunyai warna yang berbeza-beza dan ia kelihatan warna-warni. - IBNU K

0 comments:

Post a Comment