SELEPAS hampir enam tahun menanti keputusan sebenar perbicaraan Amanda Knox, akhirnya gadis berusia 26 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 28 tahun atas kesalahan membunuh rakan sebiliknya, Meredith Kercher.
Bekas teman lelakinya, Raffaele Sollecito pula dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun.
Perbicaraan tersebut merupakan yang kali yang ketiga selepas dia dibebaskan daripada pertuduhan itu pada tahun 2011.
Mengimbas semula kes tersebut, Knox dan Sollecito ditahan di Itali pada November 2007 selepas didakwa menyerang Meredith secara seksual sebelum membunuhnya dengan mengelar leher gadis itu.
Ia turut membabitkan seorang lagi lelaki Itali yang bernama Rudy Guede.
Kesemua penyerang Meredith dikatakan berada di bawah pengaruh dadah sewaktu kejadian itu berlaku.
Oleh: ELZA
(Sumber asal: BBC News)
0 comments:
Post a Comment