Anggota penyelamat mengeluarkan dua mayat kira-kira 8 meter dari kawasan runtuhan. |
JAKARTA - INDONESIA. Sebanyak sembilan lagi mayat ditemui dalam kejadian tanah runtuh sejak tiga hari lalu di Jawa Timur, Indonesia.
Jurucakap pasukan mencari dan penyelamat Sumpeno Yuwono berkata kepada Kompas, setakat ini 16 mayat ditemui di Dusun Kopen, Desa Ngrimbi dan Kecamatan Bareng di wilayah Jombang, Jawa Timur.
“Dua mayat dikenal pasti adalah pasangan suami isteri Sunarimo 66 tahun dan Siti Mukhoiryaroh 55 tahun. Dua lagi mayat ditemui dalam keadaan kepala terputus dan belum dikenal pasti,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mayat pasangan suami isteri itu ditemui 8 meter tertimbus di kawasan runtuhan.
Selasa lalu, sebanyak lima rumah tertimbus akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur melanda kawasan terbabit.
0 comments:
Post a Comment