Citizens terajui EPL selepas benam Tottenham |
MANCHESTER City sekali lagi mengaibkan Tottenham Hotspur, kali ini 5-1 di gelanggang lawan.
Kemenangan bergaya itu memastikan The Citizens meraih tiga mata untuk memintas Arsenal selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sergio Aguero, Yaya Toure, Edin Dzeko, Stevan Jovetic dan Vincent Kompany menjaringkan gol ketika City mengulangi prestasi membelasah Spurs 6-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini.
Sementara itu, Chelsea merakam keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang West Ham United.
Keputusan itu nyata mengundang kemarahan pengendali The Blues, Jose Mourinho yang mendakwa West Ham tidak berminat bermain bola sepak kerana mengamalkan taktik bertahan sepanjang 90 minit perlawanan.
Aston Villa pula bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengatasi West Bromwich Albion 4-3.
Manakala Sunderland pula keluar dari zon penyingkiran dengan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City.
0 comments:
Post a Comment