Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Pergerakan Pemuda Umno berpendapat Barisan Nasional (BN) wajar bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata walaupun kekosongan di kerusi DUN itu berlaku disebabkan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi bila adanya kekosongan, adalah wajar untuk BN menurunkan calon bertanding.

“Lebih-lebih lagi yang nak bertanding itu adalah ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Jadi kita berpendapat bahawa tak boleh kita bagi laluan yang mudah kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karnival Sukan dan Kebudayaan MAYC peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Katanya mesej yang jelas kepada pengundi di Kajang bahawa PKR telah mempermainkan amanah rakyat apabila wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dengan
sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi DUN Kajang Isnin lepas.

“Pemimpin pembangkang itu sudah terdesak. Nak jadi perdana menteri tak dapat, jadi menteri besar pun tak apalah…,” katanya.

Ditanya mengenai calon BN yang bakal bertanding kelak, Khairy berkata biarlah Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskannya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment