Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

NEGARA India semalam menyambut ulangtahun kematian ikon keamanan Mahatma Ghandi kali ke-66 tahun.

Selepas sekian lama Ghandi dibunuh akibat ditembak seorang individu radikal, memori berkenaan dirinya masih sentiasa hidup kerana beliau yang membantu India terlepas sari penjajahan.

Biarpun sesetengah rakyat India merasakan penghormatan ke atas Ghandi masih tidak mencukupi, tetapi mesejnya masih kekal relevan dan dikagumi manusia di seluruh dunia.

Sempena ulangtahun bersejarah itu, pelancong dari dalam India dan luar negara melawat Mani Bhavan iaitu bekas rumah kediaman Ghandi di Mumbai untuk beberapa tahun sebelum kini dijadikan sebuah muzium.

Persoalan yang berlegar pada pemikiran rakyat India ketika ini ialah, sejauh mana Ghandi memberi inspirasi kepada warga India masa kini.

“Satya, Prem, Ahisma iaitu Kebenaran, Keamanan dan Kasih Sayang, itu adalah asas yang perlu kita ikuti dan barulah kita boleh berjaya.. Jika tidak, terlalu sukar untuk melalui zaman ini yang penuh keganasan,” kata Meghshyam Ajgaonkar, seorang penduduk Mumbai.

Seorang pelancong dari Kanada Simon Trieu pula berkata Ghandi merupakan antara individu penting dalam peredaran peradaban dunia kerana matlamat utamanya berkenaan keamanan.

“Ghandi cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa keamanan amat penting dan peperangan serta pertumpahan darah bukan jalan penyelesaian kepada sengketa,” katanya. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment