Costa menghukum kelalaian benteng pertahanan Bilbao apabila meledak gol kedua Atletico empat minit sebelum perlawanan ditamatkan. |
ATLETICO Madrid tidak sabar untuk berdepan musuh setempat, Real Madrid dalam pusingan separuh akhir Piala Raja Sepanyol.
Los Colchoneros meneruskan kemaraan selepas menewaskan Athletic Bilbao 2-1, awal pagi semalam (agregat 3-1).
Aritz Aduriz meletakkan Bilbao di depan pada separuh masa pertama dan Raul Garcia kemudiannya menyamakan kedudukan sebelum Diego Costa melengkapkan jaringan buat Atletico.
“Bertemu Real adalah satu pertandingan yang menarik dan istimewa.
“Kami tidak sabar untuk perlawanan itu. Kami berharap dapat bermain dengan baik dan dapat melangkah ke final,” kata Garcia.
Dalam pertemuan di La Liga sebelum ini, Real yang bermain di laman sendiri tewas, 1-0, di tangan Atletico, 29 September tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment