Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia di seluruh Johor dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup masa kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri turut bercadang menambah enam lagi lokasi pasar tani seluruh Johor sebagai kemudahan untuk rakyat membeli barangan keperluan.

“Pasa masa sama, kerajaan negeri akan membina 12 pasar ikan kekal di seluruh negeri dan lokasinya masih sedang dalam penelitian bagi memastikan pembinaannya dapat dimanfaatkan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua dekat Taman Sri Tebrau di sini, pagi tadi. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment