Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment
Zulainah (kiri) melakonkan semula bagaimana wanita itu menggosok belakang Maimunah sebelum mengambil seutas rantai dan dua gelang serta menghilangkan diri.
KOTA BHARU - Seorang warga emas mendakwa dipukau sehingga menyebabkan dia sanggup menyerahkan barang kemas bernilai RM9,000 kepada seorang wanita yang tidak dikenali, Selasa lalu.

Kejadian berlaku di Flat Kampung Sireh di sini, pada jam 1.30 petang, apabila mangsa yang berseorangan didatangi wanita berbaju kurung dan bertudung yang mengaku pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Teruja diberitahu akan mendapat sebuah rumah tiga bilik di Wakaf Mek Zainab, Maimunah Mahmood, 67, membenarkan wanita lingkungan 40-an tersebut masuk ke dalam rumahnya.

Maimunah berkata, wanita itu kemudian memintanya menyerahkan RM2,000 sebagai wang pendahuluan sebelum berjanji akan membawa dia meninjau rumah tersebut.

“Saya tidak mempunyai wang dan tetapi diberitahu boleh memberi barang kemas seperti dilakukan penghuni di flat lain.

“Tanpa disedari, saya mengeluarkan seutas rantai dan seutas gelang lalu diserahkan kepada wanita itu. Namun, dia mendakwa dua barang itu belum mencukupi sebelum saya serah satu lagi gelang emas padat kepadanya,” katanya.

Sejurus barangan itu bertukar tangan, wanita tersebut terus beredar dari rumahnya di tingkat empat tanpa sebarang maklumat untuk dihubungi.

“Dua jam kemudian, suami saya, Mohamad Abdullah, 56, balik daripada kerja dan saya menceritakan kepadanya yang kami akan mendapat sebuah rumah serta mengingatkannya supaya tidak memberitahu orang lain kerana ia rahsia seperti dikatakan wanita itu.

“Suami bagaimanapun marah selepas mengetahui saya menyerahkan barang kemas kepada wanita itu dan menyedarkan bahawa saya sudah ditipu,” katanya.

Maimunah berkata, selepas itu baru dia tersedar dari khyalannya dan menyesal apabila dengan mudah menuruti permintaan wanita itu.
Pada masa itu, dia mula ingat tindakan pelik wanita tersebut yang menggosok-gosok belakangnya.

 Sementara itu, jiran mangsa, Zulainah Hamid, 46, berkata, dia terlebih dahulu didatangi wanita itu bertanyakan seseorang bernama Su dengan hajat untuk menambah wang bantuan JKM serta mencari tiga warga emas untuk diberikan rumah.

“Saya menunjukkan rumah seorang jiran warga emas kami tetapi tawaran itu ditolak sebelum menunjukkan rumah Maimunah. Saya pun percaya dia daripada JKM melalui pakaian, beg sandang dan perwakatannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Kormisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan dan menasihatkan supaya orang ramai membuat pemeriksaan dengan polis atau jabatan berkaitan terlebih dahulu sebelum percaya pada tawaran daripada individu tidak dikenali. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment