Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – GERAKAN tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi akan bersama-sama membantu sesiapa saja yang dipilih kepemimpinan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong, berkata pihaknya berpegang kepada prinsip setiakawan dan menyokong hak milik sedia ada iaitu DUN terbabit adalah kawasan MCA.

“Parti sepenuh hati menyokong sesiapa sahaja yang bertanding namun yang membuat keputusan untuk meletakkan calon terpulang kepada Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Razak.

“Bagaimanapun, secara prinsipnya, biarlah calon dari MCA kerana sebelum ini, calon MCA yang bertanding,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina GERAKAN di Menara PGRM di sini pagi tadi.

Turut hadir ialah Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditanya mengapa GERAKAN tidak mahu meletakkan calonnya, Siew Keong berkata pihaknya tidak mahu menimbulkan sebarang perpecahan atau perbalahan daan apa yang penting, BN menang di DUN Kajang.

“Dulu ia ditandingi MCA dan sekarang, biarlah MCA juga yang bertanding… kita hanya akan bantu kerana kitapun sudah membentuk Jawatankuasa PRK DUN Kajang bagi mengerakkan jentera parti membantu BN,” katanya. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment