JIKA sebelum ini mereka dikatakan bermusuhan, namun lain pula ceritanya kini apabila Priyanka Chopra dengan Deepika Padukone dikhabarkan sudah berbaik.
Menurut sumber, Priyanka baru-baru ini menghadiri majlis kejutan hari jadi buat Deepika yang dianjurkan oleh penerbit filem Ram Leela.
Majlis itu juga dianjurkan sempena kemenangan Deepika pada majlis Anugerah Filmfare menerusi kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik.
“Priyanka hadir mengucapkan tahniah dan selamat hari jadi buat Deepika. Mereka berbual panjang seolah-olah tiada ada yang pernah berlaku di antara mereka.
“Selain Priyanka, turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Shahid Kapoor, krew produksi Ram Lela dan beberapa teman lain,” ujar sumber terbabit.
0 comments:
Post a Comment