“Cepat kutip makanan tu, lepas 5 saat ada bakteria!”, dialog yang
selalu kita dengar daripada orang ramai mengenai makanan yang sudah
jatuh ke lantai, tetapi adakah ia fakta atau auta? Sebuah universiti
telah mengkaji mengenai hal ini pada jangka masa 3, 5 dan 10 saat.
Menurut kajian yang dijalankan di Manchester Metropolitan University
(MMU), bukan semua makanan tidak boleh dimakan selepas jatuh ke lantai
dalam jangka masa 3, 5 dan 10 saat. Ia bergantung kepada jenis makanan
dan kandungan makanan itu sendiri.
Kajian menunjukkan makanan yang jatuh tinggi kandungan gula atau
garam adalah lebih selamat dimakan dan kurang dijangkiti bakteria. Ini
termasuk makanan yang telah diproses, menjadikan ia salah satu kelebihan
kerana selalunya mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.
Makanan lain seperti buah kering dan pasta yang telah dimasak
menunjukkan kehadiran klebsiella selepas 3 saat jatuh ke lantai, satu
bakteria yang mampu memberi pelbagai penyakit. Selain itu biskut tidak
mendapat sebarang penyebaran bakteria walaupun selepas 10 saat jatuh ke
lantai kerana ia kurang kandungan air.
Sunday, May 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment