KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pada Selasa meminta Belarus menjadi tuan rumah rundingan antara wakil Rusia dan Ukraine untuk membincangkan mengenai akses ke lokasi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.
"Petro Porochenko menghubungi Presiden Belarus, Alexander Lukashenko bagi menawarkan kerjasama dalam menganjurkan mesyuarat di Minsk.
"Mesyuarat yang akan diadakan pada hari Khamis itu membabitkan bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma; Duta Rusia ke Ukraine, Mikhail Zurabov dan seorang wakil badan keselamatan Eropah OSCE," demikian menurut kenyataan pejabat presiden Ukraine.
Rundingan di Belarus akan menyentuh mengenai 'akses oleh pakar-pakar antarabangsa di tapak nahas MH17. - mStar.com.my
0 comments:
Post a Comment