Nora Danish Tak Berpeluang Ziarah Kubur Arwah Bapa
Biasanya, apabila Hari Raya, orang Islam akan berduyun-duyun ke kubur untuk mengingati mereka yang telah tiada.
Namun, Nora Danish tidak berpeluang untuk menziarah pusara arwah ayahnya. Ini kerana pusara arwah ayahnya terletak jauh di Seattle, Amerika Syarikat. Walaupun begitu, Nora Danish tidak lupa untuk mendoakan arwah bapanya itu.
“Keluarga Nora tak lawat pusara pun, kebiasaannya lepas sembahyang raya terus menziarah keluarga terdekat sebab kubur arwah ayah jauh di Seattle, USA. Tapi tak apalah, orang kata kalau tak ziarah tak apa, asalkan kita doakan mereka”, kata Nora melalui Oh!Bulan.
Arwah bapa Nora meninggal dunia ketika Nora berusia 12 tahun. Nora membesar bersama ibunya, seorang ibu tunggal. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment