PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan
impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program
hiburan tersebut. Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun
Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian
bersama gandingannya, Zizan Razak. “Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.
“Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira bukan di
Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk
pengembaraan,” katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung
Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad. Tambah Azman, kenyataan yang
diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang
dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di
Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu. “Pihak
kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa
yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating
penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan
perbezaannya.
“Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada
ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak.
“Biarlah kes dia
selesai dahulu,” ujarnya. Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam
Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas
pengacara Melodi yang antaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.
Malah, Awal Ashaari juga telah cuba digandingkan dengan Zizan dalam
program tersebut dan pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat
Awal bermula 20 Mei ini. Mengenai kes Dira, dia juga didakwa
mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit.
0 comments:
Post a Comment