Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 7, 2012

2 comments


Imam Muda Fattah ‘Sound’ Minah Sebab K POP
Isu mengenai dunia muzik K-POP nampaknya timbul satu-persatu sejak akhir-akhir ini.
Dari kisah Jay park yang datang ke Malaysia untuk pelancaran albumnya, hinggalah kepada artis negara, Zed Zaidi mahu kebanjiran artis-artis luar lebih-lebih lagi artis bergenre K-POP disiasat kerajaan menjadi kecoh dan hangat.
Kalau nak diikutkan, penulis tahu terlalu ramai remaja perempuan di luar sana yang terlalu ‘gila’ dengan drama Korea dan muzik-muzik K-POP yang semakin hari semakin menyerlah dalam industri hiburan.
Yang pastinya, ‘kegilaan’ itu adalah disebabkan betapa kacak dan tampannya pelakon-pelakon Korea.
Tatkala menonton drama Korea, mesti menjerit bagai nak rak perkataan ‘hensemnya’!
Penulis tertarik dengan kata-kata Imam Muda Fattah, seorang penceramah yang lahir dari rancangan realiti pencarian Imam Muda di laman sosial Facebooknya.
Imam Muda Fattah ‘Sound’ Minah Sebab K POP
Sedikit lucu membaca status yang dimuat naik oleh Imam Fattah yang seakan-akan menegur ‘manja’ sikap dan pemikiran anak-anak muda sekarang terutama sekali golongan remaja perempuan.
Bagi penulis, apa yang ditegur oleh Imam Fattah tidak salah dan ada kebenarannya.
Tidak salah juga untuk meminati seseorang pelakon Korea atau terlalu obses dengan muzik-muzik K-POP.
Cuma, perlulah mengingatkan diri sendiri supaya setiap perkara yang kita minati itu ada batas-batas dan tidak boleh terlalu berlebihan.
Di dalam Islam sendiri, Allah S.W.T telah menggariskan beberapa panduan dalam kehidupan bagaimana untuk kita berhibur.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadis (perkataan yang tidak berguna) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan, mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan” Surah Luqman; 6.
Jadi, sudah terang di sini, sekiranya perasaan minat itu terlalu dibawa-bawa sampaikan kepada membawa perubahan niat dan tingkah-laku, maka, akan terumbang-ambinglah kehidupan kita nanti.
Niat remaja perempuan itu untuk belajar dan mendalami bahasa Korea tidak salah. Tetapi, kalau dah keterlaluan seperti niat untuk belajar bahasa Korea hanya kerana ingin pergi ke konsert Korea, lari jauh rasanya matlamat dan tujuan.
Tetapi, berbaliklah kepada perkara yang harus dan wajib yang perlu kita lakukan berbanding perkara-perkara yang boleh melalaikan diri kita sendiri.
Apa kata anda? Tepuk dada, tanyalah iman dan hati. – MyNewsHub

2 comments:

  1. Tidak salah juga untuk meminati seseorang pelakon Korea atau terlalu obses dengan muzik-muzik K-POP.

    ReplyDelete