Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 6, 2012

No Comment


SPEKULASI mengenai status hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela kini kembali hangat diperkatakan.


Mulan telah melakukan tindakan berani apabila mencium tangan Dhani setelah menerima kejutan daripada pihak produksi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun ketika program 'Indonesian Idol 2012' sedang berlangsung.
Sebelum itu, dua anaknya iaitu El dan Dul diminta untuk tampil ke tempat kerusi Dhani yang menjadi juri program berkenaan untuk meniup lilin bersama dan kemudian, rakan Dhani, Anang, pula meminta Mulan yang duduk di kerusi penonton untuk tampil bersama.
Terdahulu, Mulan dan Dhani pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dan kini sudah berstatus suami isteri. Namun penyanyi kumpulan Dewa 19 itu enggan menjelaskan perhubungan mereka itu kepada umum.
Dan adegan cium itu membuatkan pihak media Indonesia sekali lagi mengajukan soalan tentang perhubungan mereka dan nampaknya, Dhani tetap dengan pendiriannya untuk tidak menceritakan hal sebenar kepada umum.
"Tidak ada apa-apalah. Semua artis di bawag naungan saya selalu mencium tangan saya. Jadi, jangan membuat spekulasi seperti itu (pasangan suami isteri).
"Bagi saya, tidak salah untuk sesiapa sahaja mencium tangan ketika memberi ucapan 'Selamat Hari Lahir'," katanya

0 comments:

Post a Comment