Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 26, 2012

No Comment

Berkhatan ialah rights of passage bagi seorang lelaki muslim. Berkhatan menandakan seorang budak lelaki sudah bersedia untuk memasuki alam dewasa. Kita semua sedia maklum di Malaysia ada beberapa perkara unik yang dilakukan oleh orang melayu apabila upacara khatan dilakukan. Antaranya ialah upacara rendam didalam air dan duduk diatas batang pisang ketika tok mudim melakukan kerja. Sejak kebelakangan ini perkara yang kami sebutkan tadi tidak lagi dilakukan kerana ternyata useless. Tok Mudim sudah moden dan tidak memerlukan budak lelaki berendam atau berbaring diatas batang pisang ketika dikhatan


Mari kita melihat bagaimana upacara khatan dilakukan dan diraikan oleh kaum Kurdish di Kazakhstan. Tidak seperti adat istiadat melayu, upacara khatam kaum Kurdish siap dengan upacara tarian dan nyanyian sehari sebelum budak lelaki dikhatankan. Beberapa kambing turut dikorbankan pada hari keraian. Pada hari khatan itu sendiri si bapa akan bersolat dahulu bagi meminta upacara khatan anaknya akan selamat. Selepas itu semangkuk air gula diletakkan pada tingkap bilik upacara khatan akan dilakukan bagi memastikan tiada makhluk halus akan menjenguk tingkap. Akhir sekali kaum wanita didalam rumah harus membasuh kaki mereka didalam sebuah baldi bagi menyucikan diri. Jika kaki kaum wanita rumah itu bersih adalah dipercayai acara khatan akan menjadi lebih lancar.


Begitulah perbezaan acara khatan kaum Kurdish berbanding Melayu. Walaupun ada kealaian at the end of the day si budak lelaki akan hilang kulup dan mendapat wang sedekah dari sanak saudara. Tiada perbezaan disitu! Yang kami tak pasti ialah adakah budak lelaku Kurdish mandi tekup penis dengan baldi atau tidak. I know I did..... haaw haw haw!









0 comments:

Post a Comment