Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 30, 2012

No Comment

 
Alhamdulillah. Ada jugak artis yang nak ajar anak - anak diorang ni erti bersyukur yang sebenarnya. Bukan la macam sesetengah artis tu kan.

Baru je 'Berhijrah' dah tunjuk besar kepala dan menghukum orang lain sesuka hati. Diorang tak bersyukur lansung dengan hidayah yang diterima. 

Sebaliknya, diorang riak pulak tak tentu arah!!! Itulah masalahnya bila belajar agama dengan orang yang hanya tau memperalatkan Islam. Maka tak heran la kalau anak - anak murid pun Sesat sama!!!
JAKARTA: Isteri kepada Anang iaitu Ashanty menerapkan nilai-nilai murni kepada dua anak tirinya iaitu Aurel dan Azriel agar mereka membesar sebagai manusia yang kenal erti bersyukur.
Ashanty mengambil kesempatan keberkatan bulan Ramadan dengan membawa kedua-dua anak hasil perkongsian hidup antara Anang dan Krisdayanti itu menyertai kerja-kerja amal dan melawat rumah anak yatim.
"Melalui lawatan ini mereka akan sedar masih ada ramai kanak-kanak yang bernasib malang dan dengan ini mereka akan lebih bersyukur dan menghargai kehidupan," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com.
Pada lawatan penyanyi tersebut ke rumah anak-anak yatim itu, Ashanty dan anak-anaknya telah menghadiahkan buku cerita kepada kanak-kanak di rumah tersebut dengan harapan ia dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar di sekolah.
Sementara itu, Aurel menjelaskan akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini dan akan lebih bijak menilai tentang baik dan buruk sesuatu perkara.

0 comments:

Post a Comment