Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 16, 2014

No Comment

FARNBOROUGH – AirAsia X, bahagian penerbangan tambang murah jarak jauh kumpulan AirAsia memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Airbus untuk menempah 50 pesawat terbaharu, A330-900neo.

Dengan pemeteraian itu, AirAsia X menjadi pelanggan dan pengendali terawal bagi versi terkini pesawat berbadan lebar popular siri A330 yang mana penghantaran varian A330-900neo dijangka bermula pada 2018.

Memeterai perjanjian itu di sini, AirAsia X diwakili Ketua Eksekutif, Azran Osman-Rani manakala Airbus oleh Presiden merangkap Ketua Eksekutif, Fabrice Brégier. Hadir sama Pengasas Bersama AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes; Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Airbus, John Leahy.

Fernandes berkata, Airbus kini menawarkan AirAsia X pesawat yang sangat diperlukan syarikat untuk mengembangkan lagi model penerbangan jarak jauh berkos rendahnya.

“Kami yakin sepenuhnya A330neo ini sukar ditandingi dalam kategori saiznya, justeru kami teruja dapat membolehkan lebih ramai penumpang terbang dengan pesawat hebat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MoU terkini yang dimeterai AirAsia X mengukuhkan lagi kedudukan Kumpulan AirAsia sebagai antara pelanggan terbesar Airbus. Secara keseluruhannya, AirAsia sudah menempah 536 pesawat Airbus tidak termasuk menerusi MoU itu.

Pesawat A330-800neo dan A330-900neo adalah dua siri baru dalam keluarga pesawat berbadan lebar Airbus yang dilancarkan pada Julai 2014 dengan penghantaran pertama dijangka bermula pada suku keempat 2017.

A330neo menggunakan generasi enjin terbaru Rolls-Royce Trent 7000, penambahbaikan aerodinamik dan ciri kabin baharu. Dengan skala ekonomi yang sudah diraih siri A330, pesawat baharu A330neo mengurangkan 14 peratus minyak, paling jimat dalam kelasnya di pasaran. Pengendali juga menikmati keupayaan jarak penerbangan tambahan 400 batu nautika dan keseragaman operasi dalam semua model pesawat Airbus. – BH Online

0 comments:

Post a Comment