GLASGOW: Jaguh pecut berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang berhasrat mahu melelongkan pingat gangsa acara keirin yang dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20 di sini untuk didermakan kepada badan kebajikan.
Azizulhasni mengakui sudah tiba masa dia kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.
“Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat lelong pingat ini. “Bagi saya ramai pihak membantu dalam meningkatkan kerjaya saya seperti kerajaan, penaja dan juga media.
“Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutama kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan tidak kira bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Atlet dari Terengganu itu meraih gangsa, Ahad lalu di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow di sini. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment