Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 2, 2014

5 comments

Sebut sahaja selebriti yang semakin suam-suam kuku tapi mulut tak henti-henti menyumpah-saranah bagai tiada hari esok, siapa lagi kalau bukan persona yang menggelarkan dirinya 'diva', Azwan Ali. Dia sekali lagi mencetuskan ketegangan di laman Twitter apabila secara terbuka dikatakan menghina rasa juadah yang dijual di Bazar Ramadhan sebagai 'Sampah'.

Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?

Mungkin ada yang boleh faham tentang apa motif sebenar Azwan Ali menulis seperti itu. Tapi seperti yang dijangkakan, selebriti yang sememangnya sukakan publisiti murahan ini diserang oleh orang ramai yang tidak berpuas-hati dengan kenyataannya menyamakan juadah di bazaar sebagai rasa sampah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan mulia ini.


Namun Azwan Ali dengan 'slumber kataknya' menganggap golongan-golongan haters ini bertarafkan anak setan dan puak Melayu neraka jahanam. 

Masih tidak cukup puas memberikan gelaran tersebut, Azwan juga telah menyekat golongan yang dianggap 'haters' ini menggunakan khidmat seorang P.A yang diupah khas dengan bayaran RM3,000 seminggu (katanyalah).


Ada yang meninggalkan komen tentang tak guna kalau pergi umrah tujuh lapan kali kalau perangai pergi dan tak pergi tak pernah berubah. On your face, Azwan oii yang akan mengerjakan umrah lagi pada 21 Julai nanti... 


Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada baiknya jika Azwan Ali menggunakan kapasiti sebagai seorang yang dikenali tu untuk perkara-perkara yang baik untuk diri dan orang lain yang mengikuti dirinya dan tidak mengundang kontroversi. Sudah-sudahlah mencetuskan kontroversi sebegini dan lepas ni berhati-hatilah dengan bahasa yang digunakan kerana bahasa mencerminkan diri anda yang bagaimana. Kan bagus jaga pertuturan dan penulisan dengan bahasa yang lebih murni?


Azwan, hang ingat lagi tak air mata jantan hang ni dulu kononnya dah berubah dari segenap aspek tapi apa yang dah jadi dengan diri hang sekarang ni? Pray4AzwanAli ─ OhMedia.my

5 comments:

  1. Diva propa biasalah..nangis pon xikhlas

    ReplyDelete
  2. Perangai mengalahkan pesakit mental laaa....sanggup anggap mknan tu sampah....ko campak mkanan tu kat org yg x mampu itu emas bgi mereka....takbur! Beribu Haters yg ko blocked tu x mustahil beribu tu jga "doa utkmu".. #riak!

    ReplyDelete
  3. jom minum air ketum wan ...ada jual bazar mana ek ;-)

    ReplyDelete
  4. yang meniaga 'sampah' kat bazar Ramadhan tu cari rezeki untuk diri dan keluarga mereka.. bukan meminta-minta dari orang.. hormat pd orang pakcik Azwan, in sha Allah hormat itu akan datang sendiri mencari anda.. ingat waku zaman muda remaja dulu Azwan pun biasa pegi beli 'sampah' kat bazar... ingat waktu zaman kau kat ITM dulu...

    ReplyDelete
  5. tu je caranya nak maintain 'populariti'. Drama takde, job mengacara pun ntah bekurun org tak offer. Nasib ko la azwan, jadi bapuk pun tak laku..

    ReplyDelete