Caj VEP asing dari Singapura akan dilaksanakan
JOHOR BAHRU - Kerajaan bersetuju melaksanakan caj permit kenderaan asing (VEP) yang memasuki negara ini dari Singapura ke Johor, dalam masa terdekat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan perlaksaan caj itu akan dilakukan pada kadar segera selepas keputusan mengenai kadar caj dan bila ia boleh dilaksanakan.
"Saya minta kerajaan negeri beri notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan bila ia boleh dillaksanakan kerana kerana ia perlu notis kutipan, pelekat dan pentadbiran.
"Kita akan buat keputusan mengenai kadar rundingan yang akan dikenakan. Sebagian hasil ini akan dikongsi dengan kerajaan negeri," katanya dalam ucapan berbuka puasa bersama rakyat di Pusat Konvesyen Persada di sini, hari ini.- Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment