Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 4, 2014

No Comment

Bandung – Calon presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata dakwaan pihak musuh politiknya mendakwa dia adalah penganut fahaman komunis adalah penghinaan keterlaluan.

“Banyak kempen hitam menyebarkan berita bohong mengenai diri saya.

“Pada awalnya saya diamkan, tapi malah semakin menyebar ke serata tempat,” katanya kepada media selepas berkempen di Bandung semalam.

Seperti selalu kehadiran Jokowi ditemani regunya yang bersaing untuk jawatan naib presiden, Jusuf Kalla.

Turut hadir sebahagian anggota pasukan kempennya.

Kata Jokowi, selama ini dia cuma bersabar menghadapi pelbagai fitnah mengenai dirinya namun tuduhan demi tuduhan tetap datang.

“Kini muncul lagi tudingan komunis,” katanya.

“Ini penghinaan dan keterlaluan,” katanya.

Jokowi berkata, jika suatu hari nanti ada sukarelawan pasukannya yang marah dan bertindak di luar jangkaan, ia memang tidak boleh dipersalahkan.

Katanya, sukarelawan kem Jokowi – Jusuf berjumlah berjuta atau puluhan juta orang.

Pada masa sama Jokowi mengaku berkali-kali mengingatkan mereka supaya menjaga tingkah laku dan mengawal perasaan ketika berdepan kejahatan pasukan lawan.

“Tidak mungkin semuanya mampu menahan sabar,” katanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment