Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 29, 2014



Satu teknologi yang dipasang di bandar di Norway, dikenali sebagai Trondheim, sangat unik kerana telah memasang CycloCable, satu teknologi yang menjadi ibarat lif kepada mereka yang berbasikal untuk menaiki bukit.

Dengan CycloCable, mereka yang berbasikal tidak perlu mengayuh sepanjang perjalanan mereka ke atas bukit berkenaan. Sebelum ini,teknologi yang hampir sama dikenali sebagai Trampe juga pernah dipasang disana menjadikan bandar berkenaan menjadi tumpuan penunggang basikal.

Dengan teknologi tersebut, lebih 200,000 penunggang basikal berjaya menaiki bukit setinggi 130 meter tanpa ada sebarang kemalangan. Pada 2012, Trample telah digantikan dengan CycloCable.

Menyelami lebih mendalam teknologi CycloCable ini, ianya boleh disamakan dengan lif yang digunakan untuk mengangkat pemain ski ke puncak gunung salji. Peralatan itu tidak bercantum dengan jalan raya, yang mana ianya diletakkan dibawah permukaan jalan.

Mengenai penggunaan CycloCable pula, pengguna hanya perlu memasukkan kad dan perlu menekan butang hijau di tempat mula CycloCable. Kemudian, peggalas kaki akan tiba, dan pengguna hanya perlu meletakkan kaki di atas penggalas dan basikal akan bergerak.



CycloCale bergerak pada kelajuan 1.5m dalam satu saat. CycloCable boleh mengendalikan 300 orang penunggang basikal setiap jam.

Setakat ini, hanya bandar Trondheim yang mempunyai sistem yang unik ini. Kumpulan POMA yang mencipta teknologi ini bercita-cita ingin memperkenalkan sistem kepada bandar-bandar lain di Eropah. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment