Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 3, 2014

No Comment

Georgetown – Dua lelaki bukan saja menyamun malah turut menculik empat ahli keluarga dalam satu kejadian di Taman Hutchings, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua suspek terbabit menceroboh rumah mangsa dan mengambil pelbagai barang berharga.

Mereka yang bersenjatakan pisau itu kemudian mengugut semua mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka masuk ke dalam kereta.

Semua mereka dibawa menuju ke Prai sebelum si suami nekad terjun dari kereta ketika berada di kawasan Bukit Mertajam.

Ketika itu, dua anak mangsa dikatakan ditinggalkan berhampiran sebuah pusat beli belah manakala ibu mereka terus dibawa hingga ke kawasan Tikam Batu, Kedah.

Wanita terbabit turut ditumbuk suspek kerana berang dengan tindakan suaminya yang terjun dari kereta.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam selepas suspek meninggalkannya di kawasan Tikam Batu.

Satu sidang media akan diadakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, petang ini.

Sumber: myMetro online

0 comments:

Post a Comment