BANDARAYA GAZA: Bedilan roket Israel awal pagi ini mengakibatkan dua kanak-kanak Palestin terkorban ketika konflik Gaza memasuki hari ke-23 hari ini, kata pasukan perubatan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan di utara Gaza menyebabkan seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 11 tahun terkorban manakala bedilan berikutnya di kawasan pantai mengakibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun maut.
Berikutan itu, angka korban rakyat Palestin akibat serangan ganas Israel kini kira-kira 1,232 orang.
Sementara itu, setakat ini, 53 askar rejim dan tiga orang awam Israel mati dalam serangan balas termasukan roket dari pejuang Islam. - AFP

0 comments:
Post a Comment