Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 4, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas dakwaan mengedar dadah jenis heroin.

Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin, 20, dari Kampung Teluk Bidara, Dungun dan isterinya berusia 17 tahun dari Jalan Masjid Sura Lama, Dungun, didakwa mengedar dadah berkenaan kira-kira jam 9 malam pada 20 Jun lalu.

Pasangan berkenaan yang memiliki seorang anak berusia 11 bulan didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 50 gram di rumah sewa mereka di Jalan Sekolah Intan Zaharah, Kampung Balai Besar, Dungun.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Wan Amirul Mubin turut didakwa mengedar heroin dengan anggaran berat kasar 400 gram di lokasi, pada hari dan waktu yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Nurunaim menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Dungun sementara menunggu laporan kimia, malah tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Sinar Harian 23 Jun lalu melaporkan sepasang suami isteri ditahan kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya selain turut disyaki menjadi pembekal kepada penagih sekitar.

Rahsia penglibatan pasangan terbabit terbongkar apabila rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Dungun, diserbu sebelum hasil pemeriksaan menjumpai 10 botol plastik mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

Turut dijumpai, sebanyak 70 botol dadah disembunyikan dalam tin yang ditanam di dalam tanah berhampiran kediaman mereka dan semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM36,000 di pasaran.

Rampasan dadah berkenaan adalah rekod terbesar bagi Kontinjen Terengganu pada tahun ini dan sejak empat tahun lalu. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment