Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 1, 2014

No Comment

PORTO ALEGRE: Jerman menamatkan badi kekalahan kepada Algeria hasil kemenangan sukar 2-1 yang dicatat selepas masa tambahan aksi pusingan kedua di Stadium Beira-Rio untuk mara ke suku akhir dengan ketiga-tiga gol dijaringkan pada masa tambahan.

Hadir dengan status pilihan dan juara tiga kali, Jerman begitupun terpaksa bergelut terutama pada babak pertama sebelum diikat tanpa jaringan oleh Algeria yang kali pertama beraksi di pusingan kedua Piala Dunia. 

Malah, Algeria lebih banyak mencipta peluang pada babak pertama dan sekalipun Jerman berjaya menampilkan aksi lebih tersusun selepas rehat, mereka terus buntu untuk merobek gawang lawan sekalipun memperoleh rentetan peluang terbaik menjaringkan gol.
Jerman seharusnya mendahului pada minit ke-80 selepas Sami Khadira berjaya melepaskan hantaran tepat ke kepala Thomas Mueller namun tandukan di depan gawang Algeria berjaya diselamatkan penjaga gol, Rais M’bolhi yang menonjolkan aksi menakjubkan.

Mueller sekali lagi memperoleh peluang seminit kemudian namun kuisannya pula tersasar ke kiri gawang Algeria.

Jerman kemudian mendapat sepakan percuma di depan gawang Algeria pada minit ke-87 namun tindakan untuk mengelirukan pertahanan lawan tidak berjaya menyaksikan Muller terjatuh ketika mahu mengambil sepakan.

Gawang Algeria terus diuji ketika perlawanan berbaki seminit namun M’bolhi sekali lagi menampilkan magis untuk menyelamatkan usaha Bastian Schweinsteiger yang juga tepat di depan gawang.

Dan ketika ramai yang menjangka perlawanan akan sekali lagi ditentukan menerusi penalti, Jerman meledak gol pertama menerusi Andre Schurrle yang meledak masuk bola hantaran cantik Mueller hanya dua minit masa tambahan bermula.

Gol kedua Jerman disumbang Mesut Ozil ketika masa tambahan tamat dengan bijak memanfaat kelemahan pertahanan Algeria di depan gawang yang kemudian meledak gol pertama menerusi Abdelmoumene Djabou namun ia sudah terlewat.

Untuk rekod, Jerman sebelum ini tumbang dalam kedua-dua perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang berakhir dengan keputusan 2-1.

Lawan Jerman di suku akhir nanti adalah bekas juara 1998, Perancis. - Agensi

0 comments:

Post a Comment