KUALA LUMPUR, 15 Julai: - "Perbuatan Adolf Hitler terhadap rakyat Yahudi mungkin satu tindakan tepat" - ujar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis.
Datuk Dr Mohd Asri menyatakan pendapatnya itu dalam satu artikel yang diterbitkan dalam laman portal Astro Awani disertakan penjelasan mengapa dia berkata demikian.
Datuk Dr Mohd Asri menjelaskan,, dia telah membaca buku "The Holocaust" ketika di Jerman, sebuah buku yang ditulis oleh seorang Yahudi yang menentang perbuatan Hitler itu. Dr Asri berpendapat, Hitler memang kejam kerana bukan sahaja kaum Yahudi yang dibunuh, malah sesiapa sahaja yang menentang pemerintahannya.
Tapi persoalan yang diajukan oleh Dr Asri adalah mengapa kebencian Hitler kepada orang Yahudi terlampau tinggi sehingga menuduh merekalah yang menekan ekonomi orang jerman. Menurut Dr Asir, Hitler ada menulis dalam bukunya "Mein Kamph", bukan dia sebenarnya yang membuat kepercayaan tersebut tetapi beberapa lagi tokoh-tokoh lain turut mengatakan perkara yang sama, sehingga ada yang mengatakan Yahudi mengamalkan ilmu hitam.
Menyingkap sejarah Yahudi dengan Islam, Nabi Muhammad S.A.W pernah membenarkan kaum Yahudi tinggal di wilayah Khaibar yang penuh kemewahan, tetapi akhirnya mereka yang menjadi tali barut untuk menggulingkan kerajaan. Begitu juga dengan pada zaman pemerintahan khalifah Umar dimana bangsa yahudi diberikan kebebasan menganut agama mereka di Alia, Palestin, tetapi mereka mengkhianati Umar.
“Seperti yang saya katakan tadi secara am, bangsa Yahudi memang mempunyai rekod buruk. Tidak dapat dinafikan ada di antara mereka yang baik, tetapi rekod mereka sebagai satu bangsa adalah sangat buruk,” katanya. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment