Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 1, 2014

No Comment

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks dan pecah rumah di New Zealand.

Anifah turut mengesahkan lelaki berkenaan telah dipanggil pulang, namun memberi jaminan suspek akan dihantar kembali ke Wellington untuk berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan warga Malaysia itu akan mendapat perbicaraan yang keadilan selain hidupnya tidak berada dalam bahaya di sana.

Sambil menegaskan bahawa Wisma Putra tidak akan “melindungi” diplomat terbabit, Anifah berkata beliau telah meminta polis New Zealand dibenar meneruskan siasatan demi menegakkan keadilan.

Beliau juga memberitahu telah bercakap mengenai perkara itu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.

“Hanya kerana dia seorang diplomat tidak bermakna dia akan terlepas begitu sahaja.

“Imuniti (kekebalan) diplomatik bukan bermakna seseorang diberikan lesen untuk melakukan jenayah,” tegas Anifah memaklumkan akhbar The Star ketika dihubungi.

Mengenai soalan kenapa diplomat terbabit dipanggil pulang, Anifah hanya menjawap kemungkinan ada salah tafsir terhadap kandungan e-mel yang dihantar oleh Kementerian Luar Negara dan Perdagangan New Zealand kepada Wisma Putra.

Anifah dijadual akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskkan lebih lanjut mengenai isu itu, di Putrajaya, Selasa.

Agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) melaporkan, polis menahan diplomat itu 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan seksual dengan niat untuk merogol.

Kedua-dua pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah undang-undang New Zealand jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, lelaki itu yang mendapat imuniti diplomatik selaku pegawai diplomat sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam berkata, bahawa kerajaannya sudah menuntut agar imuniti diplomatik lelaki itu dibatalkan bulan lepas tetapi ditolak.

Sumber: bbnc.my

0 comments:

Post a Comment