Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 5, 2014

No Comment
Ziana Zain
KONSERT I Am Ziana Zain yang sepatutnya berlangsung di MiTC Melaka pada 27 September ini terpaksa dibatalkan.

Menurut jurucakap penganjur, konsert tersebut terpaksa dibatalkan kerana menghadapi masalah dalaman yang serius berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap.

"Berkaitan dengan situasi ini beberapa individu yang telah. dipertanggungjawabkan oleh penganjur untuk mengurus dan menyelaras konsert telah ditamatkan perkhidmatan.

"Justeru, bagi mengelak keadaan menjadi lebih rumit penganjur telah membuat pertemuan dengan Ziana Zain untuk memberitahu situasi sebenar dan mendapat kata sepakat untuk membubarkan perancangan mengadakan konsert pada tahun ini," kata jurucakap tersebut  dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Oleh itu jelas jurucakap itu lagi, kepada sesiapa yang sudah membeli tiket konsert tersebut wang mereka akan dikembalikan kepada mereka semula.

"Syarikat Gold dengan kerjasama Ticketpro akan pulangkan semula wang pembeli tiket konsert mulai 3 Julai 2014 sehingga 3 Ogos ini dengan syarat resit atau tiket mestilah dipulangkan semula kepada pihak mereka," katanya. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment