KHARKIV – Dua lagi pesawat tentera yang membawa mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines, MH17 tiba di Belanda, hari ini ketika diplomat Australia dan Belanda sepakat untuk menyatakan rancangan kepada pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi lokasi nahas yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Russia.
Mayat mangsa terus ditemui seminggu selepas pesawat berkenaan terhempas sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai usaha menyelamat yang dihentikan dan keadaan kelam-kabut di kawasan luas tanah pertanian di timur Ukraine.
Pemisah bersenjata masih mengawal ketat kawasan berkenaan dan menyekat akses kepada pasukan penyiasat
Semua 298 penumpang penerbangan MH17 – kebanyakan warga Belanda – terbunuh ketika pesawat terbabit ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.
Pegawai Amerika Syarikat berkata pesawat Boeing 777 itu kemungkinan ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari wilayah yang dikawal pemisah pro-Russia. – AP
0 comments:
Post a Comment