Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 2, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Pihak berkuasa akan menyasarkan sekurang-kurangnya empat kawasan panas atau hotspot yang dikesan sebagai lokasi pengemis dan golongan gelandangan di Kuala Lumpur menerusi operasi besar-besaran untuk menangani isu gelandangan dan membanteras sindiket pengemis yang dinamakan Ops Qaseh.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, Ops Qaseh, yang dilancarkan pada minggu depan dijangka bermula di sekitar Jalan Imbi, Masjid India, Pasar Seni dan Masjid Negara.

“Berdasarkan operasi kita terhadap golongan gelandangan sebelum ini, kita membuat kesimpulan bahawa kebanyakan mereka berada di kawasan ini.

“Kita masih dalam perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai senarai akhir lokasi untuk mencari tetapi operasi akan bermula semasa bulan puasa,” kata wakil jabatan itu.

Ops Qaseh pendekatan tiga penjuru yang dilaksanakan oleh JKM dan kementerian. Ia dibantu oleh polis, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Di bawah operasi itu, golongan gelandangan dibawa ke rumah perlindungan yang juga pemulihan, Desa Bina Diri (DBD) di bawah JKM.

Mereka akan dihantar ke institusi berkaitan sebulan kemudian.

JKM berkata, ia telah bersedia untuk menempatkan golongan gelandangan yang akan dibawa di bawah jagaannya sepanjang operasi dijalankan.

“Jabatan Imigresen akan mengendalikan kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen lengkap dan AADK akan menguruskan isu penyalahgunaan dadah,” kata pegawai itu.

Kebanyakan golongan gelandangan mungkin akan ditempatkan di DBD Sungai Buloh, yang boleh menempatkan 200 orang. Kemudahan DBD terletak di Johor (Mersing), Pahang (Jerantut) dan Sabah (Kota Kinabalu).

Rumah perantaraan itu menyediakan makanan dan penempatan, kaunseling, kemudahan rekreasi, penjagaan kesihatan dan latihan amali dalam pelbagai bidang seperti pertanian, kemahiran vokasional dan kraftangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian akan bekerjasama dengan pasar raya besar seluruh negara untuk menggajikan sebaik sahaja tempoh penilaian mereka selama sebulan di DBD.

Sumber: mStar online

0 comments:

Post a Comment