Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 30, 2014

No Comment

Malaysia dijangka memperoleh tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion selepas tahun pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tambahan pendapatan ini dijangka meningkat kepada RM9 bilion pada tahun keduanya dan peningkatan hasil negara ini seterusnya akan disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.

Pelaksanaan sistem cukai itu, jelasnya, dapat mengembangkan ekonomi negara sebanyak kira-kira 0.3 peratus, selain mengurangkan ekonomi terselindung atau insiden mengelak cukai sebanyak 15 peratus.

“Ia juga boleh membantu sektor eksport negara untuk berkembang kira-kira 0.5 peratus,” katanya selepas melawat projek Kompleks Niaga Kubah Ria, di Kuching, baru-baru ini.

Beliau berkata, sektor pelancongan juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST berikutan satu skim pembayaran balik pelancong akan diwujudkan untuk menggalakkan pelancong berbelanja. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment