Jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann. - Foto Reuters |
SALVADOR: Jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann mempersoal pemilihan pengadil dari Algeria menjelang pertembungan pusingan kedua membabitkan pasukan bimbingannya menentang Belgium, awal pagi esok.
“Pengadil dari Algeria ini (Djamel Haimoudi) mampu untuk bertutur dalam bahasa Perancis dengan pemain (Belgium) di atas padang dan bukannya dengan kami,” katanya ketika sidang media.
“Dan dia adalah rakyat (Algeria), negara yang kami tumbangkan di pusingan kedua pada Piala Dunia sebelum ini.
“Saya sedar sukar untuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk memilih pengadil yang baik pada perlawanan yang baik dan ia sentiasa sesuatu yang menyulitkan buat mereka namun inilah yang berlaku. Begitupun, kami menghormati keputusan itu dan berharap semuanya berjalan dengan baik.
Rakan sejawatannya di Belgium, Marc Wilmots begitupun tidak begitu bersimpati terhadap kebimbangan Klinsmann.
“Saya juga boleh membantah mengenai pelantikan ini kerana kami sudah menewaskan Algeria di peringkat kumpulan,” kata jurulatih berusia 45 tahun. “Saya tidak mahu terbabit dengan perlawanan seperti ini. Dalam banyak kes, saya tidak banyak bercakap dengan pengadil.
“Secara keseluruhan, mereka melakukan kerja yang baik pada pusingan terakhir ini. (Howard) Webb menakjubkan ketika pertembungan Brazil dan Chile pada pusingan kedua. - AFP
0 comments:
Post a Comment