Fathia akan berlakon sehingga puas sebelum ceburi bidang perundangan. |
PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia mengakui populariti yang diraihnya dalam dunia hiburan tidak pernah menjejaskan fokusnya terhadap pelajaran.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, dia yang kini masih lagi menuntut dalam jurusan undang-undang sedar hanya pendidikan dan ijazah sahaja mampu menjamin kehidupan masa depan.
"Saya masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Undang-Undang, saya tahu hanya pendidikan sahaja yang mampu menjamin masa depan saya.
"Saya agak lambat menghabiskan pelajaran. Rakan-rakan lain yang biasa akan tamat belajar hanya tiga tahun, tetapi saya empat tahun pengajian. Ini kerana saya tidak ambil banyak subjek dalam satu-satu semester dan ada semester yang saya cuti kerana berlakon," katanya kepada mStar Online.
Fathia berkata, biarpun agak sukar dalam membahagikan masa kerja dan belajar dia yakin apa yang dilakukan sekarag berbaloi.
Dia juga sayang kepada kedua-dua bidang ini dan tidak pernah terfikir untuk mengorbankan salah-satunya.
"Saya rasa beruntung kerana saya ada dua-dua iaitu jadi pelakon dan ada pelajaran, sebab itu saya selalu ingatkan diri agar tidak alpa dengan apa yang saya kecapi sebagai pelakon sekarang.
"Saya akui agak susah sedikit untuk membahagikan kedua-dua kerja ini kerana terkejar-kejar dan produksi yang ingin memanggil saya berlakon juga perlu memahami situasi saya sebagai pelajar.
"Biasanya saya akan tanya mereka dahulu dan baut jadual saya agar tidak bertindih dengan waktu kuliah, Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar sahaja," katanya.
Sementara itu, ditanya perancangan masa hadapan, Fathia berkata, dia akan meneruskan bidang lakonan sehingga benar-benar puas.
"Saya belum ada perancangan untuk terus bekerja dalam bidang undang-undang lepas abis pengajian, kalau boleh saya ingin betul-betul puas berlakon dahulu," ujarnya. - mStar.com.my
0 comments:
Post a Comment