Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 4, 2014

No Comment

Satu video yang dirakamkan oleh seorang guru di sekolah yang mana dalam rakaman terbebut, guru itu bertanya kepada seorang anak murid perempuannya berkenaan buku yang berada diatas meja murid itu yang mana amat sedih keadaan buku itu. Lalu guru itu bertanya, “Ini buku ke belacan?” dan dijawab anak muridnya itu “Buku boleh belacan pun boleh”.

Melihat kepada cara rakaman dan reaksi murid itu serta cara guru itu bertanya dengan suara seakan-akan melawak, video tersebut telah dinaikkan oleh guru tersebut bertujuan suka-suka dan juga disebabkan ileh kecomelan adik tersebut bergurau senda dengan gurunya.

Bagaimanapun, guru tersebut telah dikecam kerana video itu telah menjadi bahan ejekan oleh rakan-rakan sebaya dengan murid perempuan tersebut. Kepada kita orang dewasa mungkin seronok dan lucu menonton video tersebut tetapi bagi rakan sebaya murid tersebut lain pula ceritanya.

Jadi, selepas ini haruslah kita beringat dan lebih berhati-hati sebelum berbuat sesuatu yang melibatkan perkongsian di internet samada dari segi perkataan mahupun video ataupun gambar. Haruslah dipertimbangkan dalam beberapa sudut, buruk baik, serta kesannya kepada sesetengah pihak. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment