Nick Kyrgios, pemain muda dari Australia meraikan kemenangan selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal di Wimbledon. Foto AP |
PEMAIN muda dari Australia, Nick Kyrgios membuat kejutan paling sensasi apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal dalam kejohanan tenis Wimbledon di London, awal pagi Rabu.
Biarpun hanya bergelar pemain ke-144 dunia, Kyrgios yang berusia 19 tahun itu menang dengan 7-6 (7/5), 5-7, 7-6 (7/5), 6-3.
Beliau mencatatkan rekod sebagai pemain di luar rangking 100 dunia yang pertama berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia di Wimbledon sejak 1992.
Sumber: mStar online
0 comments:
Post a Comment