Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 25, 2012

No Comment
Ariel Dipanggil Polis Indonesia Kali Kedua


JAKARTA – Vokalis band Noah, Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video pornografi, dipanggil lagi oleh pihak polis untuk menjadi saksi satu kes melibatkan dirinya dan seorang pramugari.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dijadual hadir untuk beri keterangan bulan depan.
“Ya… akan dipanggil sebagai saksi,” kata Ketua Jenayah dan Kekerasan, Ditreskrimum Ajun Ketua Komisioner, Helmy Santika dipetik Kompas.
Menurut Helmy,  Ariel, 31, dipanggil kali kedua selepas dia tidak hadir sebelum ini atas alasan sibuk dengan konsert jelajah 25 bandar di Indonesia bersama band Noah.
“Minggu depan Ariel akan dipanggil untuk kali kedua. Kalau tidak datang, dia akan dipanggil secara paksa,” kata Helmy.
Sebelum ini, seorang pramugari, Magdalena Awuy melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia. Magdalena dituduh sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel.
Ariel dan Noah kini terlibat dalam konsert jelajah di lima negara. Sejak kes itu disiasat oleh polis bermula 21 November lalu, beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Jeanne Margareth Dumais yang membuat laporan.
Turut disiasat Magdalena, rakannya, Wiyana dan Renitasari serta majikan mangsa, Mahsuri Ahmad. Ariel yang dahulunya dikenali sebagai Ariel Peterpan dibebaskan Julai lalu dengan bersyarat.
Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan  diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.
Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga setengah  tahun dan denda Rp250 juta oleh Mahkamah Daerah Bandùng pada 31 Januari 2011 selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai  pelakunya bersama dua orang artis wanita iaitu Cut Tari dan seorang lagi yang dipercayai sebagai Luna Maya.
Selepas penyiaran video itu di internet menjadi isu hangat, Cut Tari telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau adalah orang yang beraksi dengan Ariel dalam satu daripada  video pornografi itu dan telah memohon maaf  secara terbuka kepada suami dan keluarga dan seluruh rakyat Indonesia atas perlakuannya itu.
Bagaimanapun Ariel sehingga hari ini tidak pernah mengakui perbuatannya, begitu juga dengan  kekasihnya Luna Maya. Pasangan kekasih itu telah memutuskan hubungan mereka semasa Ariel sedang menjalani hukuman  penjara.
Ariel telah ditahan sejak 23 Jun 2010 dan menjalani sidang perbicaraan di mahkamah sebanyak 14 kali. Perbicaraan itu yang bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarah kerana ia merupakan kes pornografi yang pertama yang diadili di mahkamah Indonesia. – SinarHarian

0 comments:

Post a Comment