Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 31, 2012

No Comment
GAMBAR: Jom Tengok Bayi-Bayi Comel Selebriti Yang Lahir Tahun 2012


Anak merupakan anugerah terindah dari Tuhan dan kehadiran mereka sesungguhnya melengkapkan serta menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri. Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya, apa kata kita lihat koleksi gambar anak selebriti tanah air yang dilahirkan sepanjang tahun ini.
Eva Medina
eva
Anak kepada penyampai radio Fly FM, Hunny Madu ini dilahirkan pada tarikh istimewa, 12.12.12 jam 10.55 malam dengan berat 3.25 kilogram. Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumahtangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 1 April 2010 sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-26.
Naira Mikayla
naira
Puteri sulung kepada pasangan Ahmad Nabil bin Ahmad dan Nazirah binti Ayub ini selamat dilahirkan pada 25 November 2012 iaitu tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Naira dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.67 kilogram, jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.
Nor Anggun Raverra
nor anggun
Pelakon Rabecca Nur Islam selamat bergelar ibu apabila melahirkan seorang puteri comel, Nur Anggun Raverra pada 2 November 2012. Anggun dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.3 kilogram di Hospital Gleneagles. Rabecca yang pernah mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mempunyai seorang anak angkat dan dua anak tiri hasil perkongsian hidup dengan usahawan Nor Azam Sulaiman.
Zasharayna
zasya
Bayi comel ini merupakan anak kepada model terkenal, Zahnita Wilson. Zasha selamat dilahirkan jam 7.38 pagi pada 31 Oktober lalu. Berkahwin pada usia muda iaitu 20 tahun dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, Zahnita turut mempunyai seorang lagi anak, Zahra Feena yang kini berusia enam tahun.
Alaena Ayesha
alena
Anak kedua kepada penyanyi serta pelakon, Aqasha ini selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2012 di Pusat Perubatan Darul Ehsan. Alaena Ayesha yang membawa maksud ‘dilimpahi kebahagiaan’ dilahirkan secara normal dan mempunyai seorang abang bernama Alehandra Ahmad yang kini berusia setahun.
Nur Iman Shafi’e
nur iman
Selepas hampir lima tahun menanti kehadiran cahaya mata, pelantun lagu “Dag Dig Dug”, Haiza akhirnya selamat melahirkan bayi sulung pada 9 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.07 kilogram ini dilahirkan secara normal di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras kira-kira jam 8.37 malam.
Mahathir Daniel
mahathir
Pelakon serta pengarah kaliber, Esma Daniel menamakan anak ketujuhnya Mahathir sebagai tribut kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang merupakan idola sanjungannya. Mahathir Daniel dilahirkan seberat 3.3 kilogram pada 7 September 2012, jam 2.30 pagi, di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ryan Ziqry
ryab

Putera comel ini merupakan anak kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia. Ryan dilahirkan seberat 4.32 kilogram menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana Damansara pada 27 Julai 2012 iaitu pada bulan Ramadhan.
Arrianshah Akid
GUA_tomok_main_371725400

Penyanyi Tomok telah bergelar bapa pada 29 Mei 2012 apabila isterinya, Rahayu Abbas selamat melahirkan putera sulung mereka, Arrianshah Akid jam 6.03 petang di Pusat Perubatan Prince Court. Permata hati pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011 ini dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.
Cahaya Malaika
cahaya
Anak kepada pasangan selebriti, Mawi dan Ekin ini dilahirkan secara normal pada 28 Februari 2012. Cahaya Malaika yang bermaksud Cahaya Permaisuriku ini dilahirkan seberat 2.8 kilogram sekitar jam 4 pagi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi. – GUA.COM.MY

0 comments:

Post a Comment