Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 27, 2012

No Comment


Artikel di bawah berdasarkan memoir Tun Mahathir dalam bukunya "Doktor Umum" bab Krisis Matawang 1997:

Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.

Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.

Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.

Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.

Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.

Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang mencetuskan malapetaka itu.

Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.
Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.

0 comments:

Post a Comment